Wednesday, 10 February 2016

Cari Kerja?

Hi. Assalamualaikum.

Siapa yang baru lepas grad tengah cari kerja? Siapa yang baru habis study belum grad tengah cari kerja? Siapa baru lepas SPM tengah cari kerja? Tak kisahlah, just aku fokuskan entri kali ni untuk sesiapa yang tengah cari kerja. As we know, ekonomi negara kita tengah jatuh merudum, currency pun terlentok-lentok *nk pergi vacay pun fikir sejuta kali and more or less berkaitan dengan ramai orang yang menganggur sekarang ni. Tapi isu "susah dapat kerja" macam dah lama diperkatakan pun, sejak aku belum habis study. Rasanya dari zaman aku diploma lagi, maksudnya dah bertahun-tahun jugak.

Okay, aku pun masih newbie dalam bekerja ni. Tapi aku ada la sedikit sebanyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama selama aku mencari kerja. Aku habis study dalam bulan 7, 2015 and I only plan to find a job on November something like that sebab rasa nak relax dulu dekat rumah. Penat study mcm tak hilang lagi. Bila dah masuk 2 minggu duduk rumah, aku dah tak senang duduk, boring yang sampai rasa nak buat apa pun dah tak tau. Haha. Nak keluar sen takde, tak kerja kan? Haaaa lepastuh terus giat carik kerja. Kahkah.

Medium yang aku gunakan untuk cari kerja antaranya:
  • JobStreet, paling famous kan? mula-mula mcm takut nak register sbb ada kawan bg tau nnt kene bayar la, dorang tolak gaji tiap-tiap bulan bila kita dpt kerja la. So aku just buat and ternyata semua tuh adalah omong kosong belaka. Jangan percaya rumours unless you faced it, aku kerja skrg ni hasil dari JobStreet and takde sesen pun dorang deduct from my salary.
  • Selain dari tu,aku just google "kerja kosong selangor 2015" maka keluar lah segala website atau blog yang advertise government or private jobs. Korang kene pupuk sifat rajin je untuk buka website-website tu semua sebab kadang advertisement dorang lain-lain. Alaaa, nak kerja kan? I'm sure korang rajin mcm aku bukak satu-satu. Haha. And then, apply lah semua yg rasa berkenan di hati.
  • The last one is, walk-in. This method is seriously will show your effort to get a job. Pernah jugak give-up sebab JobStreet tak call pun utk interview and many friends of mine suggest to walk-in. Here means, kita directly passed-up our resume and certificates dkt office dorang. Sometimes dorang suruh pass dkt guard or receptionist je. By doing this way, kita mcm confident sikit resume kita tuh sampai dkt dorang and ramai jgk berjaya dgn cara ni.

Alhamdulillah, lps berpuluh-puluh apply dapat jugak invitation for interview dari beberapa buah company. So far, semua company tuh well established and if google tuh keluar lah pasal dorang. Nak advise, if dapat interview korang google lah and just look over what they are doing for some basic information. At least kalau google and jumpa company tuh, kita takdelah rasa was-was company ni wujud ke tak atau kene tipu contohnya mcm hilang lepas pergi interview lah, u know just to avoid perkara-perkara tak elok berlaku.

Kalau mula-mula kerja tuh rasa tak selesa, kekok, tiba-tiba jadi pendiam, its normal. You will adapt to a new environment day by day. BUT kalau kita sendiri rasa mcm something wrong dkt company tu, dkt kerja yg bakal kita buat or memang tak boleh nk sesuaikan diri dkt company tu, kalau nak tau apa aku buat. I'll quit. Bukan mengada tapi memang sepenuh hati tak boleh nak go on. Setiap hari nak pergi kerja tuh kau rasa mcm nak pergi buat something yang kau tak suka, lepastuh mcm depress, kau sedih lepastuh tumbuh lah jerawat kat muka.

This happens to me actually. Rasa down sgt bila kejap-kejap rasa nak berhenti kerja. Text abang aku buat sesi "curhat" *curahan hati and this is what he said to me "seriously takpe weh, nak cari base kerja mula-mula, nak cari yang kena dengan kita bukan senang. Take your time". Rasa nak nangis time tuh sbb dia faham, ayah aku dah pandang-pandang jeling-jeling je dah kat aku. Haha. Dia marah kot, yelah dah dpt kerja elok-elok nak berhenti. Time tak dapat kau sibuk cari. One of company yang aku tinggalkan is Malindo. Masa dpt Malindo dulu semua orang mcm wow wow wow. Hihihi. Tapi aku jenis aku nak aku happy, kalau tak happy kerja dengan company besar-besar pun macam tah pape je rasa.

Banyaknya cerita, ermmm my advise kalau nak carik kerja yang tetap cariklah betul-betul, yang kita rasa happy even kerja tuh stress. Kerja mana yang tak stress kan? Tapi kau still rasa nak pergi kerja jugak. Find it, unless you akan rasa depressed nak quit,quit and quit. Fikir yang umur mcm kita supposedly dah ada kerja tetap dan akan stay lama dengan company tu. Soooo, carilah yang kena dengan jiwa anda semua!! :)


 F.N

No comments:

Post a Comment

Share your thought here!